Menjadi syarikat yang membantu orang ramai dalam menjayakan sebarang acara majlis selaras dengan moto syarikat iaitu “Keselesaan Tetamu Anda, Menjadi Keutamaan Kami”. Ingin Menjadi syarikat perkhidmatan yang menawarkan servis penyewaan peralatan air-cooler dan mist fan yang bermutu tinggi dan berkualiti pada harga yang berpatutan serta membantu penganjur dalam melancarkan acara majlis dengan mudah tanpa sebarang masalah.
Visi
Menjadi syarikat servis penyewaan kepelbagaian peralatan untuk acara majlis yang besar mahupun kecil serta menjadi ‘event planner’ yang menawarkan perkhidmatan serta layanan terbaik untuk setiap pelanggan.
Objektif
Sebagai sebuah syarikat yang menawarkan servis penyewaan peralatan penyejuk udara, pihak kami akan memastikan keselesaan setiap pelanggan serta pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah kami sediakan. Menjamin servis pemasangan yang pantas dan selamat dan menjaga kualiti barang dan servis kami.
Penerangan Perkhidmatan
Perniagaan yang kami jalankan iaitu menawarkan perkhidmatan penyewaan peralatan udara sejuk serta pemasangan dari pekerja-pekerja kami yang berkemahiran serta berpengalaman untuk sebarang majlis indoor mahupun outdoor di sekitar kawasan Selangor & Kuala Lumpur pada harga yang berpatutan.
Profil Pelanggan
Pelanggan merupakan aset terpenting dalam menjalankan sesebuah perniagaan perkhidmatan dan merupakan penyebab untung dan rugi sesebuah perniagaan perkhidmatan. Justeru itu pihak kami mensasarkan skop pelanggan dari pelbagai kaum, bangsa dan agama daripada golongan yang mengutamakan keselesaan dan kelancaran sebuah majlis.
Saiz Pasaran
Pihak kami membuat kajian bahawa jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2019 dianggarkan berjumlah 32.6 juta orang dengan peratusan sebanyak 20% di negeri Selangor dan 15% di negeri Kuala Lumpur di mana kedua-dua tempat ini merupakan tempat utama kami dalam mencari pelanggan yang berpotensi menggunakan perkhidmatan kami.